Cukup Kerana MU

Cukup Kerana MU

Sunday, February 13, 2011

12 Rabiul Awal


Tarikh kelahiran Junjungan besar kian ditunggu setiap tahun oleh semua ummat Islam seluruh dunia. Tarikh keramat 12 Rabiul Awal tetap tersemat dalam sejarah Islam sebagai tarikh agung. Sambutan Maulidur Rasul ini sebagai tanda ingatan ummat kepada pembawa rahmat dan syafaat.
Allah berfirman dalam kitabNya
“Dan tidak aku utuskan kamu (Muhammad) kecuali sebagai rahmat ke seluruh alam”

Rahmat ini dihurai sebagai ditangguhkan azab bagi ummat Muhammad yang melakukan dosa tidak seperti kaum terdahulu yang menerima bala semasa hidup lagi.
Nabi bersabda :”Sesiapa yang kasih kepadaku maka dia akan bersamaku di syurga”.






Banyak amalan sempena dengan sambutan ini ;
1) Memberi makan (jamuan)
2) Berselawat ramai-ramai
3) Memperbanyakkan tilawah al-Quran
4) Bersedekah

Antara fadhilat menyambut Maulidur Rasul ;
1) Mati dalam Iman dan Islam –Sayyidina Ali
2) Hajat di dunia dan akhirat tercapai
3) Terhindar dari bala’-Syeikh Muhammad al-Munir




Imam Nawawi berkata dalam kitabnya-
Bermula amalan Sambutan Maulidur Rasul pada zaman pemerintahan Malik Muzaffar pada abad ke-6 Hijrah berikutan ramai ummat Islam pada waktu itu hanya mengejar dunia dan meninggalkan Akhirat. Hal ini akan menimbulkan rasa tidak takut orang kafir kepada Ummat Islam. Pada waktu itu, dikarang berzanji(bacaan memuji Rasulullah) dan dikumpulkan sekalian ummat Islam. Malik Muzaffar telah menafqahkan 300 000 dinar, disembelih 500 kambing dan 100 kuda.

Imam Syafie berkata-
Sesiapa menghimpun manusia untuk sambutan Maulidur Rasul dan melakukan jamuan (kebajikan) nescaya Allah Taala akan memberinya bersama para syuhada’ dan soleh lalu masuk ke syurga naim.

Tidak dinafikan lagi bahawa amalan ini menjadi asbab kepada peningkatan iman dalam jiwa para muslimin. AYUH bersama memeriahkan sambutan Maulidur Rasul kali ini dengan pesta Ibadah agar kita mendapat syafaat baginda di Akhirat..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.