Cukup Kerana MU

Cukup Kerana MU
Showing posts with label hanya untuk kamu.... Show all posts
Showing posts with label hanya untuk kamu.... Show all posts

Friday, March 6, 2015

Walimah Sahabat. Mabruk!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

لا إله إلا الله محمد رسول الله


            بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير 

Alhamdulillah antara sahabat yang dah "naik pangkat".  InsyaAllah dipermudahkan urusan kalian, baik dunia mahupun akhirat. InsyaAllah dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah yang baik akhlaknya.



Andaman :  Armz Collection Butik Andaman Pengantin , Batu Pahat. Johor

Alhamdulillah "my dear" yang baik hati telah melangsungkan majlisnya.  Suka tengok (lihat) akk dan pasangan masa majlis.  Rilek sahaja.  Tiba2 jer dah siap akad nikah. eh eh.. Yang seronoknya lagi, akk masih dapat kekalkan muslimah dalam pemakaian masa majlis.. yeahhh. ^_^

Biarpun akk jauh, saya tahu akk cepat belajar dengan keadaan sekeliling. Ayat yang xboleh lupa "setiap orang yang kita jumpa, adalah buku untuk kita memahimnya" Love U. muaHH. 

Saya selalu fikir maksudnya, dan apa yang saya nampak:
1-Buku : ia adalah salah satu sumber ilmu, kita akan jaga adap ketika bersamanya dan akan menghargainya.Denga buku jugak kita akan dapat ilmu yang baru dengan apa yang kita faham. Semakin banyak buku yang kita baca semakin kita menjadi hambaNya yang kuat untuk teruskan perjalanan kehidupan. 

(antaranya nie jer lah yg nampak buat masa nie, yang lain ANDA fikirkan yer)





Andaman :  Andaman Ida Martho , Batu Pahat. Johor

Alhamdulillah, yang cantik kawan masa sekolah. Lepas SPM, masing2 ada urusan masing2. Dah lama yang amat xjumpa dia nie.  :)  Majlis dia pun suka tengok (lihat) . Nikah pukul 9 pagi (kalau xsilap, yg penting pagi2). xsempat nak rasa debar2 dah siap nikah. huhuh.. SubhanaAllah dah 2 majlis nampak Allah permudahkan urusan. InsyaAllah niat yag baik2 mesti dapat baik kan. ^_^ 

Awak pun jauh jugak, xper kita dah beso (dewasa). Make up pun swet2 xada over2, orang nyer makin nampak sweeetttt.. (sb dia memang cantik) huhuhu.. Love U..  

(harap2 kau xbaca post nie huhuhu)


#semuaorangbaik
apa yang kita berikan yang terbaik, InsyaAllah kita akan dapat yang terbaik juga. 
Orang yang ikhlas pasti dibalas. 



Tuesday, March 3, 2015

Awak Rindu


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

لا إله إلا الله محمد رسول الله

Syukur Alhamdulillah, Allah bagi pinjam nikmat.  
Rindu pada dia.  Allah jaga kamu yer. ^_^ 


-post yang pertama 2015, setelah sekian lama xupdate sampai blog pun xdapat dikesan. Syukur Alhamdulillah setel sudah ^_^ -
_Nurfetinelia_
_Noorafirah_


Monday, February 28, 2011

renungan hawa dan adam


(Sebuah Renungan buat HAWA)

Pernikahan ataupun perkahwinan,
Membuka tabir rahsia,
Suami yang menikahi kamu,
Tidaklah semulia Muhammad, Tidaklah setaqwa Ibrahim,
Tidak pula setabah Isa atau Ayub,
Atau pun segagah Musa, apalagi setampan Yusuf
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman,
Yang punya cita-cita, Membangun keturunan yang soleh..
Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Suami menjadi pelindung, Kamu penghuninya,
Suami adalah Nakoda kapal, Kamu navigatornya,
Suami bagaikan balita yang nakal, Kamulah penonton kenakalannya,
Saat Suami menjadi Raja, Kamu nikmati anggur singasananya,
Seketika Suami menjadi bisa, Kamulah penawar ubatnya,
Seandainya Suami sinis yang lancang, sabarlah memperingatkannya
Pernikahan ataupun Perkawinan,
Mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana memiliki suami yang tak segagah mana,
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Khadijah, yang begitu sempurna di dalam menjaga
Bukan pula Hajar ataupun Mariam, yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman, yang berusaha menjadi solehah … Amiiin





(Sebuah Renungan buat ADAM)

Pernikahan atau perkahwinan, Menyingkap tabir rahsia..
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Dan tidak pula setabah Fatimah …
Justeru Isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita, Menjadi solehah…
Pernikahan ataupun perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama …
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, kamu mursyid (pembimbing)-nya,
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya …
Saat Isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok, ber-hati²lah meluruskannya..
Pernikahan ataupun perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa …
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana memiliki Isteri yang tak sehebat mana,
Justeru kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Muhammad Rasulullah atau Isa As,
bukanlah pula Sayyidina Ali Ra,
Cuma suami akhir zaman, yang berusaha menjadi soleh … Amiiin

Thursday, February 10, 2011

sahabat.


'Apa salahku?',
begitulah persoalan yang kerap kali
menghantui dan bermain-main di mindaku
sehingga aku hampir-hampir hilang 'perasaan'
lantaran tindakanku yang disalah tafsir oleh sahabat.

"Kita mungkin boleh berkata kita memahami
tapi ianya tidak akan sama sampai masa kita 'mengalami,
jangan kerna berbeza pendirian dan terlalu ikutkan perasaan,
kita abaikan kehormatan dan 'perasaan', melupakan tujuan dan harapan,
semuanya kerana perasaan"

Dimana salahnya???
salah akukah yang tidak pandai menjaga hubungan sesama manusia
salah diakah yang mudah terasa dan ambil hati
salah akukah yang riak,takbur pada diri, MasyaAllah
salah diakah yang tidak memahami cara ku


Usah lah....
ditanya siapa yang bersalah
dan siapa yang perlu dipersalahkan
aku redha dengan perjalanan hidupku bergini
aku ikhlas menerima kamu sebagai SAHABATKU

Maka...
aku hanya perlu mohon pada Allah agar dipermudahkan
segala urusanku dengan SAHABATKU
aku haruslah membiarkan perasaan itu berlalu
anggaplah ia asam garam kehidupan

MAAFKAN AKU,
AKU TIDAK SEMPURNA SEPERTI YANG LAIN,
MAAFKAN AKU,
JIKA KATA2 KU DISALAH TAFSIRKAN





Kawan hidup ini
Umpama awan
Yang tidak selalu
Putih biru

Kawan hidup ini
Umpama langit
Yang tidak selalu
Cerah ceria

Liku ? liku kehidupan
Yang dating silih berganti
Menandakan hidup ini tidak kekal


Kawan dengarlah
Suara kicau burung
Menandakan indahnya mentari
Kawan lihatlah

Bintang bertaburan
Menerangi indahnya dunia
Wahai kawanku, pergunakanlah
Kehidupan dengan penuh keikhlasan

Wednesday, January 26, 2011

HaWa....



Hawa,
Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam, kita dizalimi, hak kita dicerobohi, kita ditanam hidup-hidup, tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam, tiada nilaian dimata adam, kita hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka. Tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam bila sinar islam berkembang, darjat kita diangkat ,maruah kita terpelihara, kita dihargai dan di pandang mulia, dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan didunia ini melainkan wanita solehah.

Wahai Hawa,
Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya, kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya? Wahai Hawa,Tangan yang mengoncang buaian bisa mengoncang dunia, sedarlah hawa kau bisa mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh solehah, kau bisa mengegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan islam di mata dunia. Tapi hawa jangan sesekali kau cuba mengoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-​hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu.

Jangan Hawa ,
jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu. Jangan sesekali mengoda lelaki yang bukan suamimu, kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah. Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan, alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam.

Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji tuhan kita , wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan mengadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuan.​.​takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya ,serta kemampuannya mengoncang iman mereka. Tetapi hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu ,jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.

Hawa,
Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga. Hawa ,Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang mengoncang buaian ini bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Ilahi. Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaum Adam, kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.