Cukup Kerana MU

Cukup Kerana MU

Tuesday, February 22, 2011

hati kamu mati disebabkan

"YA Aba Ishaq!(gelaran bagi Ibrahim Bin Adham). Mengapakah kami memohonkan doa kepada Allah, tp tidak dikabulkan doa kami?"

Ibrahim Bin Adham menjawab:

"Kerana hati kamu telah mati disebabkan 10 perkara iaitu:

1=kamu mengenal Allah tp kamu x menunaikan hak-haknya.

2=Kamu mengaku bahawa kamu mencintai Rasulullah tp kamu tinggalkan sunnahnya.

3=kamu telah membaca Al-Quran tp kamu tidak beramal menurut Al-Quran.

4=Kamu telah memakan nikmat-nikmat Allah tp kamu tidak menunaikan syukurnya.

5=Kamu telah berkata, bahawa syaitan itu musuh kmau tp kamu tidak menentangnya.

6=kamu telah berkata, bahawa syurga itu benar adanya tp kamu tidak beramal untuknya.

7=kamu telah berkata, bahawa neraka itu benar adanya tp kamu tidak lari daripadanya.

8=kamu telah berkata, bahawa mati itu benar adanya tp kamu tidak bersedia baginya.

9=kamu bngun dari tidur lalu menceritakan keaiban manusia, tp kamu lupa keaiban kamu sendiri.

10=kamu mengubur mayat-mayat saudara-saudara kamu, tp kamu tidak menjadikan pelajaran bagi mereka.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.