Cukup Kerana MU

Cukup Kerana MU

Thursday, December 6, 2012

Jika dia mengingati Aku di dalam hatinya..



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
لا إله إلا الله محمد رسول الله

JANGAN BERASA PUAS HANYA MENJADI ORANG BAIK, TETAPI JADILAH ORANG BAIK YANG AKAN MEMBUAT ORANG LAIN MENJADI BAIK. SEMUA PERBUATAN BAIK ITU AKAN MENJADI IBADAH JIKA DILAKUKAN KERANA ALLAH



Rasulullh bersabda:

Allah berfirman , “Sesungguhnya apa2 yang akan Aku lakukan terhadap HambaKu adalah mengikut sangkaan hambaKu terhadapKu, dan Aku bersamanya apabila dia mengingatiKu. Jika dia mengingati Aku di dalam hatinya, maka Aku mengingati dia di dalam hatiKu, dan jika dia mengingati Aku dalam perhimpunan maka Aku ingati dia dalam perhimpunan yang lebih baik(iaitu dalam jemaah para malaikat yang maksum dan suci drpd segala dosa). Apabila hambaKu mendekatiKu sejengkal, maka Aku dekati dia sehasta. Apabila dia mendekati Aku sehasta, maka Aku dekati dia sedepa. Dan apabila dia datang mnedekati Aku dengan berjalan, maka Aku dekati dia dengan berlari.”

(Hadith Riwayat Imam Ahmad, Bukhari, Muslim dan lain-lain)
(Fadhilat Amal-Fadhilat Zikir)





Alhamdulillah biarpun sunyi di blog bukan bererti sunyi iman di jiwa. InsyaAllah daku sedang berusaha untuk lebih menjadi terbaik.

Allah Maha Besar, daku terpegun dengan hadith ini,lihat betapa kasihNya DIA pada makhluknya namun adakah daku mengasihNya seperti mana yang di inginkan?

Daku adalah hambaNya yang pendosa dan pada masa yang sama daku tidak mahu berputus asa dengan rahmatNya.
DIA Maha Adil.






Dosa adalah seumpama dirinya yang berada di kaki sebuah gunung dan gunung tersebut akan terhempas kepadanya.

Penderhaka menanggap dosanya seumpama seorang yang dihinggapi seekor lalat kemudian dihalau terbang, yakni tidak peduli mengenai dosa.

#JOM dekati jiwa dengan DIA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.