Cukup Kerana MU

Cukup Kerana MU

Friday, July 13, 2012

ada hiasan tersembunyi



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
لا إله إلا الله محمد رسول الله


Biar susah, namun diredai:




~apa pun kesusahan yg Allah timpakan kpd manusia, gunakan pertimbangan AKAL yang WARAS untuk membuat sebarang keputusan.

~biarpun jalan yg ditempuhi itu nanti mengundang pelbagai kesusahan, pokoknya SIKAP mengharap pertolongan Allah tidak pernah putus dalam hati tiap manusia.

~dalam menempuh jalan hidup di dunia, kesusahan dan kepayahan itu ialah satu KEMESTIAN yg perlu dihadapi.

~biarlah ujian itu datang bertimpa-timpa, biarlah ujian itu turun dalam keadaan yg tidak disangka-sangka,juga biarlah cabaran itu sentiasa datang, kerana itulah tanda Allah SAYANGKAN hamba-Nya.

~dugaan yang Allah turunkan, ada “hiasan” tersembunyi yang jarang sekali orang lain sedari(termasuklah hamba Allah ini); iaitu UNTUK MENAMBAHKAN KEIMANAN SESEORANG KEPADANYA.






_Perjalanan hidup perlulah diatur dengan niat kerana DIA, dusta daku katakan jika dalam hadapinya, tiada dugaan yang hadir menyapa. Tetapi dengan keyakinan, kepercayaan kepada DIA dan disertakan dengan usaha, pasti Dia akan memudahkannya_





_penawar hati anda terdapat dalam wahyu, sama ada Kitab mahupun sunnah. Kenikmatan sanubarimu ada dalam keimanan. Kesenangan hatimu ada dalam sembahyang. Keselamatan hatimu bermuara pada keredaan dan ketenangan jiwamu bergantung pada sikap rela._

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.