Cukup Kerana MU

Cukup Kerana MU

Sunday, June 17, 2012

kamu saBar?



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
لا إله إلا الله محمد رسول الله

"Sabar itu ada tiga:


1. Sabar terhadap musibah, yakni sabar dan tidak merasa marah terhadap musibah yang menimpanya sebaliknya dia menerima dengan baik musibah itu. Maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya yakni mentakdirnya atau menyuruh menulis di Luh Mahfuz 300 darjat, yakni darjat yang tertinggi di Syurga dan setiap satu darjat antara satu darjat itu seperti langit dan bumi.


2. Barang siapa yang bersabar dalam taat yakni mengerjakan taat dan menanggung kesukaran taat itu maka Allah S.W.T. akan mencatatkan baginya 600 darjat yang mana satu darjat itu seperti permukaan bumi yang atas hingga ke penghabisan bumi yang terakhir.

3. Barang siapa bersabar dari maksiat, yakni meninggalkan kerja-kerja maksiat maka Allah S.W.T. akan mencatatkan baginya 900 darjat yang mana setiap satu darjat antara satu darjat itu seperti permukaan bumi hingga ke Arasy. Dan dia adalah makhluk darjatnya dua kali ganda. Sabar menjauhi segala yang diharamkan itu martabatnya paling tinggi yang paling tinggi."



Ya Allah,dalam perjalanan aku menuju-Mu,
Di atas jalan lurus itu aku menyimpang,
Atas kejahilanku membaca peta hidupku,
Aku sentiasa menyimpang,
Tanpa aku berusaha untuk belajar daripada kesilapan aku,
Membetulkan kejahilanku,
Aku tetap meneruskan penyimpanganku,
Sehinggalah aku jauh tersesat,
Dan jalanku kian gelap gelita,
Dan mata hatiku teraba-raba,Di kala itu aku mula menyedari kesilapanku,kegagalan membaca peta hidupku..
Itulah dia Al-Quran Karim,
Ku rasakan hatiku kian keras,
Aku perlukan sokongan dari-Mu Ya Rabbi,
Bantulah aku untuk terus istiqamah di atas jalan Mu itu,
Jalan yang di mana tiada tandingan kesuciaannya,
Jalan yang menjamin kesabaran dan keistiqamahan pedagang-pedagang yang melaluinya,
Jalan yang menjamin kebahagiaan kepada pengikutnya,
Itulah dia,itulah dia jalan menuju diri-Mu yang Agung,
Ya Allah,aku memohon perlindungan-Mu,
Daripada gangguan si iblis yang tidak pernah henti memujukku menjauhi-Mu,
Aku mohon agar diperlihatkan batil sebagai batil,
Dan yang haq sebagai haq,
Terimalah doa dari hamba-Mu yang hina lagi fakir ini Ya Allah...



Alhamdulillah daku telah serba sedikit merasai nikmat sabar, biarpun belum sepenuhnya tetapi syukur kehadrat Illahi kerana di pinjamkan perasaan itu.
Yakinlah, jangan kita sama sekali PUTUS ASA dengan RAHMAT ALLAH.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.