Cukup Kerana MU

Cukup Kerana MU

Thursday, May 10, 2012

sEronok nyer...




السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
لا إله إلا الله محمد رسول الله



Apabila perasaan cinta dan sayang yang mendalam wujud terhadap seseorang maka ketaatan kepadanya adalah satu perkara yang semulajadi dan tabii.  



kisah CInta 1:

~pada suatu hari, Semasa Hazrat Abdullah bin Zubair sedang bersolat, anaknya yang bernama Hashim sedang tidur berhampiran dengan beliau.  Seekor ular telah jatuh dari bumbung dan membelit anaknya itu.   Anak itu terus menJERIT.  Seluruh ahli rumah datang berkejaran dgn hingar bingar.  Mereka telah membunuh ular tersebut.  Sementara beliau masih meneruskan solatnya dgn TENANG.  Setelah memberi salam, beliau berkata "Kedengaran bunyi bising, apakah yang telah berlaku?"
~Isterinya menjawab "Semoga Allah merahmati kamu, nyawa anak hampir melayang tetapi engkau tidak sedar pun"
~Beliau berkata, "Nahas engkau, sekiranya dalam solat, seseorang itu memberi tumpuan kpd sesuatu yang lain, bukanlah solat namanya"





kisah CINta 2:

~Hazrat Uthman akan berjaga sepanjang malam dan akan mengkhatamkan seluruh al QUran dalam SATU RAKAAT solat.




kisah CinTa 3:

~kebiasaan Hazrat Ali pula, apabila menjelang waktu solat badan beliau akan Menggigil dan wajah beliau akan menjadi PUCat.  Seseorang telah bertanya, apakah yang menyebabkan berlaku demikian?  Beliau menjawab, "Telah tiba masa untuk menunaikan SATU AMANAH yang Allah telah tawarkan kepada langit, bumi dan bukit bukau.  Langit, bumi dan bukit bukau pun tidak dapat menanggung amanah itu, tetapi saya telah menanggung amanah itu"



#Alhamdulillah ini serba sedikit perkongsian yang boleh menjadi pemangkin semangat kita untuk berusaha untuk mengerjakan solat dengan penuh kelazatan...

#Tahukah anda, setiap hari kita mengerjakan solat 5 waktu sehari semalam... Namun, Alhamdulillah kita masih tidak jemu-jemu untuk bersujud pada NYA.Malah kita berusaha untuk meningkatkan kualiti solat kita...Bukankah itu suatu perkara yang SERONOK?


Kita dapat secara percuma banyak perkara dari Allah. Harus kita bayar dgn kasih sayang, sesiapa kenal Tuhannya tentu Allah akan kasih pada nya. sesiapa benci pada tuhannya Allah akan benci pada nya. yg paling takut ialah kebencian ALlah pada kita


                                                  - Prof Dr Muhaya

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.