Cukup Kerana MU

Cukup Kerana MU

Friday, May 18, 2012

"perkara itu"!!!



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
لا إله إلا الله محمد رسول الله

"perkara itu" ........
"perkara itu" sudah bertahun-tahun berlaku.
"perkara itu" semenjak daku berbaju kurung putih berkain biru muda dan bertudung putih...
"perkara itu" terhenti seketika...
"perkara itu" hadir kembali mencabar iman dan emosi..
"perkara itu" bermula daripada kealpaan dengan apa yang di perolehi...
"perkara itu" menjadi semakin kukuh apabila syaitan jadi pilihan..
"perkara itu" telah mengorban banyak air mata dan jiwa-jiwa di guris..


SubhanaAllah... adakah daku tidak reda dengan ujian MU?




"perkara itu" daku biarkan sahaja berlalu... daku berselindung di sebalik senyuman.
apabila berjauhan, "perkara itu" akan daku tanya..
tetapi daku tahu "perkara itu" bukan  mudah untuk di lontarkan pada daku...
yer...pernah daku mengadu "perkara itu" kepada manusia...
tetapi kini..daku tidak tahu adakah manusia itu masih simpan berkunci "perkara itu"..


Jika di novelkan mahu pun di buat drama... daku pasti "perkara itu" mampu membuat 
jiwa-jiwa yang lain mengalirkan air mata, berkerut kening fikirkannya 
dan rasa marah akan hadir bersama-sama.




maaf daku masih belum mampu untuk berkata-kata tentang "perkara itu"
ingin sekali daku terbangkan "perkara itu" selama-lamanya..
dan daku pasti tiada siapa yang mahu mengutip "perkara itu"..

"perkara itu"... 


daku tidak tahu..
sama ada kamu yang membaca ini pernah lalui "perkara itu"

daku juga tidak tahu...
sampai bila ia akan terus berlaku...

daku tidak tahu sama sekali..
bagaimana akhir nya "perkara itu" seperti yang telah tertulis..

daku tidak tahu lagi..
adakah doa ku di terima, usaha kami di terima demi "perkara itu"

yang daku tahu..
ini adalah ujian dan perlu ada keredaan..

yang daku perlu tahu...
sabar dan usaha jangan sama sekali di tinggalkan

yang daku ketahui..
"perkara itu" amat pedih ketika ia hadir..

dan yang kamu perlu tahu..
jiwa ini sedang meronta-ronta sedih, tetapi akal daku bermotivasi,
JANGAN DAKU BERPUTUS ASA
JANGAN DAKU BERMASAM MUKA
JANGAN DAKU MEMBAWA DIRI DAKU KE ARAH SELAIN ALLAH

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.