Cukup Kerana MU

Cukup Kerana MU

Thursday, March 1, 2012

hitam PUTIH

 


                                                                                السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
                                                                                   لا إله إلا الله محمد رسول الله




Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu
Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkanNYA dengan mulia
Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati
Oh muslimah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya
Oh muslimah
kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati
Oh muslimah
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya
Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah
Mempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah
Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta
Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati

                                                                                           ❤Klik sini yer





Seketul batu.  Batu ini cukup istimewa menjadi rebutan manusia.  Lebih istimewa ia didatangkan khas dari syurga.  Asalnya berwarna putih susu, namun kini hitam legam dek timbunan dosa manusia.  Inilah Hajarulaswad yang menjadi idaman setiap tetamu Baitullah al-haram.


HITAM juga ibarat sebagai sesuatu yang abstrak ketika hati yang hitam menjadi putih.  Biarpun tidak dapat dilihat dan tidak boleh diubah warnanya dengan tangan, perubahan ini dapat dirasai oleh PEMILIK HATI itu sendiri setelah ia dicuci dgn air mata yang iklas unt BERTAUBAT atas kesalahan yang lalu.


Berusahalah menjadi penghuni syurga biarpun TELAH LAMA DALAM KEADADAN HITAM.  Hanya dgn taubat dan taat, ia mampu dihampiri.


Firman Allah yang bermaksud:
"untuk orang yang berusaha berbuat baik dikurniakan pahal yang terbaik (syurga) berserta tambahan (melihat Allah). Muka mereka pula tidak diliputi oleh debu hitam dan kehinaan (iaitu wajah mereka berseri2)
Mereka itulah penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya 
-surah Yunus 10;26)




Putih itu suci.  Itlah yang sering kali diungkapkan dan diibaratkan kpd anak kecil iaitu sebagai kain putih dan sememangnya diri mereka suci drpd dosa.


Namun tanpa didikan agama yang cukup drp ibu bapa dan guru, warna suci beransur berubah menjadi hitam bermula drp SETITIK DOSA dan AKHIRNYA MEMBENTUK GUMPALAN DOSA.


Hati PUTIH menjadi HITAM. biarpun anak2 yang hidup dlm kesenangan dan kemewahan yg menjanjikan kebahagianan zahiriah, hatinya yg putih menjadi semakin hitam kerna kurangnya keindahan IMAN dan sinar didikan AGAMA.


secara fitrahnya, semua manusia dianugerahkan dgn kebaikan yg ada pada diri masing2. Fitrah suci ini berubah menjadi kotor atas kelakuan SENDRI.


Allah berfirman:
Pada hari (kiamat yang padanya) ada muka (orang) yang menjdi putih berseri dan ada muka (orang) menajdi htam legam.  Adapun orang yg hitam legam mukanya, (mereka akan ditempelak dgn pertanyaan) Patutkah kamu menjadi kufur sesudah beriman? Oleh sebab itu, rasalah azab neraka disebabkan kekufuran kamu itu.
-Surah  Ali 'Imran 3;106)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.