Cukup Kerana MU

Cukup Kerana MU

Friday, January 27, 2012

Dia akan SUSAHKAN hambanya


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
لا إله إلا الله محمد رسول الله


BAGAIMANA   ISLAM   MENGAJAR   APABILA MENGHADAPI   TEKANAN

  • KEIMANAN: kembali kpd Allah melalui ibadah2 fardu dan sunat yg lain.  Pasakkan dlm diri akan keyakinan bahawa Allah memberikan jln keluar pd HambaNYA yg meminta & mengharap.  Konsistenkan amalan supaya bukan sekadar di buat apabila menghadapi masalah.



  • TADABBUR: Benar kita x ada daya upaya unt melihat Allah, tp kita mempunyai bukti kebesaran Allah.  Lihatlah alam yg terbentang luas. Penyayangnya Allah apabila makluk di dalam batu juga boleh hidup, inikah pula manusia sebagai khalifah yg menadah tangan & memohon bantuanNYA. 


  • ZIKIR : Allah berfirman yg bermaksud "Iaitu orang yang beriman & tenang tenteram hati mereka dgn zikrulllah.  Ketahuilah dgn zikrullah hati akan menjadi tenang " (surah al Ra'd 13;28)


  • BERIMAGINASI : Bayangkan keadaan syurga yg cukup indah.  Fikirkan layakkah kita menjejaki ke sana? Bagaimana harus kita ke sana? Syurga boleh menjadi motivasi supaya lebih kuat unt menghadapi tekanan hidup.


  • DOA : Beza antara org Mukimin & org yg lain adalah senjata mereka yg dikenali sebagai DOA.  Allah berfiman yg bermaksud; "dan Tuhan kamu berfiman : "Berdoalah kamu kpd KU (Allah) nescaya akan Aku perkenankan doa permohonan kamu.  Sesungguhnya org yg sombong takbur drpt ibadat dan berdoa kpd KU akan masuk neraka Jahanam dlm keadaan hina." ( surah al Mu'min 40:60)



Jika ALLAH sayangkan seseorang hamba ~❤, Dia akan berikan IMAN, kerana itu lebih mahal dari segala isi dunia..

Jika ALLAH sayang lagi ~❤, Dia akan berikan KEKUATAN untuk mengamalkan agamanya dengan sempurna dan

Jika ALLAH sayang lagi ~❤ Dia akan SUSAHKAN hambanya dengan urusan dunia dan perjuangan hidupnya, untuk menguji sejauh mana cinta dan redha hamba itu kepadanya, supaya dengan susah itu dia selalu mendekati pada-NYA.. ~✿

Sebab ALLAH rindu akan rintihan hamba-NYA ♥♥♥ (jom tekan sini!)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.