Cukup Kerana MU

Cukup Kerana MU

Thursday, November 3, 2011

kita adalah PETANI...



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
لا إله إلا الله محمد رسول الله


KITA ADALAH PETANI

Cerita seorang pak tani
Bergelut gigih yang istiqamah
Semangat tidak pernah mengah
Selalu awas dan waspada
Bimbang anasir perosak durjana
Meracuni tanaman dalam diam
Hijau subur cantik dipandang
Namun hanya luaran semata
Hasil dan pulangan tidak seberapa

Cerita seorang rakan pak tani
Hilir mudik dengan lukah dan bubu 
Menggagau sepat, haruan dan puyu
Tiada peduli rakan dan kerabat
Yang tekun melawan penat





Tika petang memayungi
Batas permatang menjadi tempat meniti....berlari
Melanggar angin yang berhembusan
Sambil mengheret tali layang-layang
Tiba hari menuai hasil
Ceria pun menguak kelopok
Dalam senyum yang ranum
Bersulam bahasa yang harum
Jerih-perit semusim sudah 
Rupa-rupanya adalah usaha yang sangat indah

Cerita seorang rakan pak tani
Wajahnya murung nestapa
Di celah-celah tawa gembira
Kawan dan kerabatnya
Oh! Menyesal dia....

Rugi di bendang masih ada peluang
Lakukan semula pada musim hadapan
Rugi di 'sana' ..... tiada lagi kesempatan
Sesal tiada kesudahan

Kita adalah petani
Yang pasti akan menuai hasilnya nanti!

~Anis 171~
~penuh bermakna~


Sehari-hari melintasi jalan
Sehari-hari melihatkan teman
Tak ada yang peduli kesusahan
Tiada yang pedulikan keimanan

Mengenang mereka yang telah pergi
Menenangkan diri yang amat sepi
Berlinangan air mata jatuh ke pipi


Moga hiadayah kan tiba
Moga dibukakan mata
Merasakan kehibaan
Hilangkan kedukaan

Demi masa yang ditunggu kitakan bersatu
Berkongsi harapan seperti yang dijanjikan
Kau dan aku beriringan selamatkan keimanan
Bukti insan dan cintanya pada Tuhan
Bertandang bermohon pada Ilahi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.