Cukup Kerana MU

Cukup Kerana MU

Saturday, January 22, 2011

dia




Ya,aku cemburu,
Cemburu melihatmu,
Sehingga aku menangis,
Mengenangkan kehinaanku..

Biarlah aku cemburu,
Kerana cemburu itu memberikan kebaikan padaku,
Dan semoga benar-benar baik untukku..

Ketahuilah cemburuku bukan pada parasmu,
Cemburuku bukan pada pangkatmu,
Bukan pada keberadaanmu,
Dan bukan jua pada keturunanmu..

Tapi cemburuku pada ketinggian ilmumu,
Cemburuku pada kuatnya pegangan agamamu,
Pada cantiknya akhlakmu,
Dan kerana Dia hadirkan hidayah buatMu..

Aku cemburu lagi..
Tatkala ada yang menyapa hatimu,
Ada yang menghulurkan salam perkenalan buatmu,
Hatimu teguh mempertahankan iman,
Imanmu kental menundukkan nafsu..

Aku menangis..
Aku cemburu..
Dan aku ingin bertekad..
Aku ingin masa yang akan meninggalkan,
Berlalu dengan diriku yang bertambah baik,
Berlalu dengan bertambahnya ilmuku,
Kerana aku ingin menjadi sepertimu..

Dan aku akan sentiasa cemburu denganmu,
Selagi dirimu tetap di atas jalanNya,
Dengan ilmu dan iman yang semakin mantap..

Namun disebalik cemburu itu,
Aku bahagia mengenalimu,
Bersyukur padaNya menemukanku denganmu,
Dan aku ingin terus mengenalimu,
Kerana aku bukan sahaja ingin cemburu denganmu,
Tapi aku juga ingin mengasihimu,
Sebanyak selayaknya aku..


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.