Cukup Kerana MU

Cukup Kerana MU

Wednesday, July 7, 2010

hadis tentang Sanggul Tinggi





Berikut adalah hadis mengenai sanggul tinggi ini..
"Akan muncuk dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka (isteri mereka atau anak perempuan) berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis&ketak). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat" _hadith riwayat Ahmad,jil 2, ms 223



Rasulullah s.a.w bersabda:


"Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia, golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat di hidu dari jarak perjalanan begitu dan begini" _hadith riwayat Muslim Hadith no 212

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.