Cukup Kerana MU

Cukup Kerana MU

Saturday, June 26, 2010

ILMU


TAKRIF ILMU

Ilmu berasal daripada perkataan Arab iaitu 'alima(mengetahui). Kamus Dewan pula mendefinisikan ilmu sebagai kepadaian @ pengetahuan. Al Qannuji metakrif ilmu sebagai al-idrak dan al-tasdiq (pengetahuan dan kebenaran). Menurut Imam al Ghazali ilmu adalah hakikat atau kebenaran semua perkara. Ilmu juga merupakan keupayaan membuat generalisai,kefahaman terhadap idea-idea abstrak dan kebolehan untu, memperolehi kebenaran. Menurut beliau juga,kebenaran sebenar adalah yang disandarkan kepada Allah SWT.
KEWAJIPAN MENUNTU ILMU

Menuntu ilmu adalah wajib kepada semua individu muslim. Ini berdasarkan hadis Rasulallah SAW (terjemahannya): "MENUNTUT ILMU ADALAH WAJIB KE ATAS SETIAP MUSLIM" Berdasarkan hadis di atas,kewajipan menuntut ilmu bukan sahaja kepada kaum lelaki msulim sahaja,tetapi juga kepada perempuan muslim. Malah tuntutan ini berterusan sejak dari buaian hinggalah ke liang lahad. Kewajipan ini adalah bertambah besar individu yang jahil sedangkan dia berkemampuan dan berpeluang untuk mempelajarinya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.