Cukup Kerana MU

Cukup Kerana MU

Sunday, November 24, 2013

Kata-kata cinta ke?




السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

لا إله إلا الله محمد رسول الله

Alhamdulillah masih diberi pinjaman nikmat Nya. Semoga kita terus memanfaatkannya. Setiap manusia tidak lari daripada kesilapan. Oleh itu sebagai manusia, kita perlu berlajar daripada kesilapan. Nilailah manusia dengan pandagan yang baik-baik semoga yang baik itu menjadi asbab sesuatu yang kita tidak tahu.  ALLAH Kan ADA.

InsyaAllah kali nie perkongsian kata-kata cinta sahaja ^_^.



Sesuatu yang sudah berlaku telah berlalu dan sekarang adalah giliran anda untuk berbuat sesuatu
(Wanita Paling Bahagia)



Emasmu adalah agamamu, perhiasanmu adalah budi pekertimu, dan hartamu adalah sopan santunmu.
(Wanita Paling Bahagia)



Jangan terlalu takut dengan urusan kita yang bermacam-macam yang kita rasa, kita tidak mampu untuk sempurnakan, mahupun  yang belum pasti jawapan kepada sesuatu keputusan. Semua urusan atas muka bumi ini, Allah yang tadbir.
(AlQasiraTorfina)




Sekali-kali tidak akan dapat disusuli, sesungguhnya Tuhanku bersamaku, kelak DIA akan memberi petunjuk kepadaku.
(Wanita Paling Bahagia)




Amal yang dikerjakan kerana malu kepada Allah dan kerana kesyukuran serta merasakan diri sebagai seorang yang masih dalam kecuaian dan kebimbingan yang penuh ketakutan kerana tidak tahu adakah amalnya diterima/tidak. Amal ini dinamakan ibadat yang merdeka.
(Taklim PPD)




Bagaikan jauh jalan yang kutempuh,
Langkah demi langkah akan ku gagah,
Hari demi hari berjalan tanpa henti,
Yakinku ada sinar yang menentu,
Kalau dah bertemu arah,
Yakin penuh pasrah.
(Lirik Lagu)



Jadikan Kebahagian Kesyukuran sebahagian hidup kita.
(Prof Dr. Muhaya)



5S untuk ada sifat tawaduk iaitu, Senyum Salam Sapa Sopan Santun.
(Prof Dr. Muhaya)



Kesedihan dan kemurungan lebih berbahaya daripada penyakit fizikal.
(Wanita Paling Bahagia)



Semua hari adalah sama, Jika datang hari yang sukar, perlu bersabar. Jika datang hari yang menyenangkan, wajib bersyukur. Teruskan sebarkan bahagia, teruskan melakukan kebaikan tanpa mengharap balasan manusia kerana cukup ADANYA ALLAH.
(AlHauraMaqsurah)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.