Cukup Kerana MU

Cukup Kerana MU

Friday, December 30, 2011

Ku kesali kejahilan ini



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
لا إله إلا الله محمد رسول الله



Hazrat Abdullah bin Mas'ud telah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda" Daripada segala amalan solatlah yg paling aku kasihi"

Pada suatu mlm sy berjalan berhampiran dgn masjid Nabi.  Pd ketika itu Rasulullah sdg mengerjakan solat.  Sy pun menyertainya.


Rasullah membaca surah al-Baqarah.

Saya fikir pada ayat yg ke 100 Rasullah akan rukuk.  Walaubagaimanapun setelah berlalu (100) Baginda tidak juga rukuk. Saya berfikir barangkali Rasulullah akan rukuk setelah selesai membaca ayat yg ke 200 tetapi setelah sampai ke ayat 200 Baginda tidak juga rukuk.  Saya menyangka Rasulullah akan rukuk setelah selesai membaca surah itu tetapi setelah selesai surah tersebut,

Baginda membaca Allahumma-Lakal-Hamd beberapa kali dan mulai membaca surah Ali- Imran.

Saya berfikir dan mengagak di akhir surah ini pasti Rasulullah akan rukuk.


Setelah selesai membaca surah tersebut, Baginda menyebut Allahuma-Lakal-Hamd 3 kali dan mulai membaca surah Al-Maidah.

Setelah selesai membacca surah itu barulah Baginda rukuk.





Dalam rukuk Baginda berkali2 membaca Subhana-Rabbiyal-'azim dan membaca zikir dan doa yg lain yang sy tidak dapat memahaminya.

Begitu pula dgn sjud Baginda berkali2 membaca Subhana-Rabbiyal-'ala dan juga membaca zikir dan doa yg lain.


Pada rakaat yg ke 2 Rasulullah mulai membaca surah Al-An'am. 

Sy tidak mampu lgi unt teruskan solat bersama Baginda dan terpaksa beredar

BAGINDA TELAH MEMBACA LEBIH KURANG 5 JUZUK AL-QURAN DLM RAKAAT YANG PERTAMA SAHAJA.


TAMBAHAN, AYAT2 DIBACA SATU PERSATU DGN TAJWID, TENANG DAN TARTIL.


DALAM KEADAAN BEGINI, BAYANGKANLAH BETAPA PANJANGNYA SETIAP 1 RAKAAT SOLAT ITU.


INILAH SEBABNYA KAKI BAGINDA MENJADI BENGKAK. 

سبحان الله

Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.


Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.