Cukup Kerana MU

Cukup Kerana MU

Sunday, October 2, 2011

Yok ikuti Sunnah dengan hanya Senyum



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
لا إله إلا الله محمد رسول الله

Allah Taala berfirman: "Katakanlah (Wahai Muhammad): Sekiranya kalian mencintai Allah, [ Fattabiouni ] maka ikutilah aku (Nabi Muhammad) nescaya Allah akan mencintai kalian dan mengampuni dosa-dosa kalian. Dan Allah itu Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani".


Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam telah meluluhkan hati sesiapa saja dengan senyuman baginda. Baginda mampu memikat hati dengan senyuman. Baginda menumbuhkan harapan dengan senyuman. Baginda mampu menghilangkan sikap keras hati dengan senyuman. Dan baginda saw. mensunnahkan dan memerintahkan umatnya agar menghiasi diri dengan akhlak mulia ini. Bahkan baginda menjadikan senyuman sebagai lahan berlumba dalam kebaikan.


Seorang sahabat yang tidak memiliki apa pun untuk disedekahkan bertanya, "Jika kami ingin bersedekah, namun kami tidak memiliki apa pun, lantas apa yang boleh kami sedekahkan dan bagaimana kami menyedekahkannya ?"


Rasulullah SAW bersabda, "Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah." (HR Tirmizi dan Abu Dzar).


Dalam hadis lain disebutkan bahawa senyum itu ibadah,"Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah." (HR Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi).



Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Senyummu di depan saudaramu adalah sedekah.” Al-Tirmidzi dalam sahihnya.
Diriwayatkan dari Jabir dalam sahih Bukhari dan Muslim, berkata, “Sejak aku masuk Islam, Rasulullah saw tidak pernah menghindar dariku. Dan baginda tidak melihatku kecuali baginda pasti tersenyum kepadaku.”

~Kadangkala kita bersusah payah untuk tersenyum dengan orang yang kita jumpa, tetapi terlupa untuk senyum, tersenyum, memberi senyuman dan bermanis muka dengan orang yang ada bersama kita!~


Jom Klik sini jap(suke sangat2 rancangan Fattabiouni, selalunye rancangan nie ada selepas azan di Tv Alhijrah ^_^ )



Iklan Jap..... =)

yok2 sertai Kem Kecemerlangan Anak2 Soleh dan Solehah
 Untuk maklumat lanjut boleh follow di 
Kafu Training Ent



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.