Cukup Kerana MU

Cukup Kerana MU

Thursday, May 5, 2011

Kelebihan majlis ilmu

الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


لا إله إلا الله محمد رسول الله
kelebihan majlis ilmu:

Telah berkata Al-Fakih Abu Laits As-Samarqandi di dalam kitab Tanbihul Ghafilin:
"Barangsiapa datang kepada orang alim lalu hadir dalam majlisnya serta tidak mampu mengingati atau menghafal pelajaran tersebut maka baginya 7 macam kemuliaan":...

1- Dia akan mendapat kemuliaan orang-orang yang belajar agama.

2-Selama dia duduk di dalam majlis tersebut, dia akan tertahan daripada berbuat dosa dan kesalahan.

3- Apabila dia keluar daripada rumahnya turun rahamat ke atasnya.

4- Apabila duduk dia di sisi orang alim tersebut maka turun rahamt ke atas penuntut-penuntut ilmu, maka menimpa dia juga dengan berkat majlis tersebut.

5- Selama dia mendengar ilmu tersebut nescaya dituliskan baginya kebajikan.

6- Malaikat menaung ke atas mereka dengan sayap-sayapnya kerana redha dengan majlis tersebut padahal dia ada di dalamnya.

7- Tiap-tiap kali kakinya melangkah dikifaratkan segala dosa-dosanya dan dinaikkan beberapa darjat dan ditambah segala kebajikan.


#Malaikat ini akan mendoakan para jemaah yang duduk dalam majlis ilmu itu

#Lebih baik daripada menghantar 1000 jenazah ke perkuburan

#Lebih baik daripada menziarahi 1000 orang pesakit

#Lebih baik daripada menyedekahkan 1000 dirham ke jalan Allah

#Lebiah baik daripada 1000 rakaat solat sunat

#Setiap langkah diibaratkan seperti berjalan diatas sayap2 para malaikat

#penduduk langit akan lihat majlis ilmu ibarat bintang2 yang berkelipan di langit

#nama kita dan ibubapa akan disebut oleh Allah di majlis para malaikat

#Merupakan pusaka Rasulullah s.a.w.

#1 sunnah yang kita lakukan ibarat 100 pahala mati syahid insyaALLAH

#jika dosa kecil kte habis diampnkn make dose ibubapa akn diampunkan


سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ

( Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau, aku memohon keampunan dan taubat daripada Engkau )


*terima kasih kepada sahabat yg sudi membuat perkongsian di laman sosial facebook*
*daku rindukan majlis ilmu, rindukan majlis ilmu di ipt ku*

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.