Cukup Kerana MU

Cukup Kerana MU

Sunday, January 30, 2011

tip usaha mencari jodoh bagi kaum wanita,

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

1. Berusaha menyediakan diri sebagai produk SOLEHAH yang diidam-idamkan. Biasanya produk SOLEHAH yang bermutu tinggi dari segi agama dan akhlaknya mempunyai permintaan tinggi di dunia dan di akhirat. Apabila sesuai masanya dan tepat orangnya, serahkanlah KESEDIAN HATI anda untuk dirisik dan dipinang dgn jalan yang syarak.

2. Berusaha mengawal diri supaya jangan GEDIK, mudah menyerlah dan mudah melayan kerana wanita sebegini biasanya begitu senang untuk dimiliki oleh lelaki yg tidak berakhlak sahaja. Biasanya wanita yang senang dimiliki (hanya dgn sedikit godaan berupa SMS, call, puji-pujian dan senang pula unt dipersia-siakan.)

3. Berkawan dgn rakan-rakan sejantina yg solehah. Jodoh anda mungkin di kalangan abg mereka, saudara mereka dan sebagainya yg soleh juga. Jelaskan niat bahawa itu bukan matlamat tapi wasilah semata-mata.

4. Jika anda terpikat kepada agama dan akhlak seorang lelaki dan anda ingin memulakan, pilihlah cara melaui org tengah yg soleh. Jgn menghantar hasrat terus kepadanya kerana ia boleh menjatuhkan martabat dan kemuliaan MALU anda di matanya.

5. Minta ibu bapa, abang atau saudara-mara yg mencarikan unt anda.

6. Jika anda dirisik secara langsung oleh seorang lelaki dan anda memang menyenangi agama dan akhlaknya serta berkeyakinan dia boleh berubah menjadi lebiah baik, mintalah dia merisik dgan cara yg lebih mulia iaitu dgn terus melibatkan ibu bapa, bukan hanya berdua-duaan antara anda dan dia. Ingat cara yg menggunakan org tengah dan menjauhi fitnah itu adalah cara yg dilakukan oleh Rasullah SAW.










from: DKM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.