Cukup Kerana MU

Cukup Kerana MU

Saturday, October 30, 2010

dari Mana mula nya CINTA.....




Ramai
yang tercari – cari cinta sejati untuk kekal abadi, saling sayang
menyayangi sampai kemati dan tak pernah putus berdoa moga dapat yang
soleh / solehah. Tetapi berapa ramai yang berusaha untuk soleh /
solehahkan diri itu, untuk menggapai impian memiliki calon soleh /
solehah?

Jika kita berusaha menjadi soleh / selohah insyaAllah,
pasti akan muncul impian dihati iaitu “Memiliki cinta soleh solehah
kekal abadi”. Ingat JADI SOLEH / SOLEHAH bukan cari SOLEH / SOLEHAH.
Yakinlah janji Allah melalui firman-Nya: “…dan wanita-wanita yang baik
untuk lelaki-lelaki yang baik…”” (An-Nur: 26)

Wanita yang solehah
tetap menjadi idaman semua lelaki, khususnya lelaki yang beriman.
Malah, lelaki yang jahat sekalipun , tetap inginkan wanita solehah
sebagai pasangan hidup. Apa nak dihairankan, bukankah sipengotor pun
sukakan kebersihan ?

Kita harus malu kepada Allah dan diri kita
sendiri, jika kita inginkan jodoh yang baik sedangkan diri kita tidak
baik. Kekadang rasa sedih apabila seorang pemuda yang tunggang langgang,
kaki botol, peleseran, berjudi dan lain² perbuatan maksiat tetapi bila
nak berumah tangga minta ibu carikan wanita solehah di kampung. Mesti
lahir dihati nak bina rumah tangga bahagia dan dengan insan yang boleh
membimbing diri kejalan sempurna. Walaupun usaha mencari pasangan yang
soleh @ solehah itu dimiliki, tetapi impian dan hasrat tidak akan
tercapai kerana diri sendiri tidak berusaha untuk memiliki AKIDAH
“iman”.

Iman mestilah dijadikan persoalan teras dan asas dalam
sebuah keluarga. Ini sewajarnya menjadi dorongan utama untuk berumah
tangga. Tujuan berumah tangga hendaklah difokuskan semata – mata untuk
mendapat keredhaan Allah. Oleh kerana itulah Rasulullah SAW berpesan
bahawa pilihlah pasangan hidup dibuat atas dasar kepatuhan agama.

Sesiapa
yang mematuhi pesanan Rasulullah SAW ini secara automatik telah
menjadikan iman “akidah” sebagai dasar rumahtangganya. Dia telah
meletakkan kepentingan Allah dan Rasul mengatasi kepentingan diri.
Mungkin dia sendiri inginkan calon yang cantik @ kacak dan berharta
tetapi kerana patuhkan Rasulullah SAW itu dia memilih pasangan yang taat
pada agama.

Mendirikan rumah tangga sering disamakan dengan
mendirikan masjid. Masjid adalah “rumah” Allah, maka begitulah juga
rumah tangga yang dibina atas nama Allah, ia umpama sebuah masjid yang
didalamnya suami, isteri dan anak² akan menegakkan hukum Allah.

CINTA BERMULA DENGAN AKIDAH

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.