Cukup Kerana MU

Cukup Kerana MU

Saturday, June 26, 2010

RAHSIA KETAWA


Mampukah anda senyum atau ketawa walaupun anda

dalam kesedihan? Tentu sukar rasanya untuk berbuat

demikian. Jika anda mampu sekalipun mungkin orang

akan mengganggap anda 'tidak siuman'. Bersedih

tentu saja dibolehkan tetapi janganlah berterusan

bersedih dan menangis sehingga memudaratkan

kesihatan.

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa

Merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman

di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu

memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak

dan juga hormon-hormon.


2. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah,

menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini

secara tidak langsung merangsang proses

penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan

emosi seperti

kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai

kaitan dengan sakit jantung.


3. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh,

dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu

satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada

penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu

modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa

memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan

mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga

mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau

mampu juga untuk memulakan

sesebuah ikatan.


4. Pujangga menyebut :

" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG

SEMPURNA KEMBANGNYA". Jadi kengkawan jangan lupa

untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah

jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan

kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup

sekedar nya sahaja ok.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.